peace through music

Friday, March 5, 2010

Tu7uh sebab-sebab kenapa para pelajar boleh berKAWAN dengan Pak Guard dan Mak Cik Cleaner.

Sering kali kita melimpasi mereka. Ada yang tidak mengendahkan mereka seumpama udara. Ada yang menyimpan dendam terhadap mereka. Malah ada yang dijadikan musuh no. 1 di kampus. Sungguhpun bakti yang ditabur tidak pernah dihargai.
Siapakah mereka yang di maksudkan?






Pak Guard



Mak Cik Cleaner

Pada sabtu ini, Tikai tidak dapat menghadiri Ops Gegar oleh itu sejurus balik dari kelas Bengkel Machinery,Tikai pun menghadap laptop untuk mengupas isu Pak Guard dan Mak Cik Cleaner.
Antara golongan staff non-akademik yang banyak memberi sumbangan kepada sesebuah kampus.

Baiklah, topik hari ini bertajuk:

Tu7uh sebab-sebab kenapa para pelajar boleh berKAWAN dengan Pak Guard dan Mak Cik Cleaner.

1. Menghargai jasa mereka.

Mak Cik Cleaner:

Tidak kesian ke dengan mereka yang selalu sapu sampah yang kita buang, mengemas ruang legar kolej kediaman, cuci jamban... dah tu ada lagi yang tak bertamadun,langsung tak pandai flush mangkuk tandas lepas berak. Ada ke bagi Mak Cik Cleaner 'hadiah' tu?

Pak Guard:

Rata-rata mereka ini ramai yang berusia lewat 40-an, muda pun ada juga. Setahu Tikai mereka pun ada keluarga juga, sanggup jaga kampus sampai dinihari. Dah tu memang selalu dipandang musuh dek student kerana selalu bagi saman kalau rambut panjang lah,itu lah ini lah..
Sebenarnya untuk disiplin kita juga tu.

So, rajin-rajinlah untuk menyapa mereka andai bertemu.. senyum tu kan sedekah..

2.Menghormati mereka sebagai warga kampus.

Mak Cik Cleaner:

Selain lecturer kita, mereka ni pun selalu kita jumpa. Tak salah rasa nya kalau kita tanya khabar mereka. Perbuatan sebegini lazimnya membuat mereka rasa dihormati sungguhpun bukan bergaji besar tetapi diakui juga sebagai warga sesebuah kampus.

Pak Guard:

Ini yang payah sikit student nak respek, sebab kita berfikiran stereotaip terhadap mereka. Asal jumpa , selalu je nak cari kesalahan kita. Pepatah Melayu mengatakan: Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau rambut tu kemas, baju pun menutup apa yang patut ditutup dan tak melanggar perlembagaan Universiti, buat apa nak fobia-fobia lalu depan mereka kan.

Kalau malu sangat nak sapa, angkat je tangan buat tabik jeneral kat mereka..



3.Mengenali rakan baru.

Mak Cik Cleaner:

Ha, cuba tanya mana tau mereka ada Facebook. Tikai pernah terjumpa dengan seorang budak ni, ingatkan dia lepak dengan mak dia. Rupa-rupanya, dia sembang-sembang dengan seorang cleaner ni.

Pak Guard:

Tikai baru je kawan dengan mereka,taklah semua tapi at least tahu mana satu guard yang sporting dengan yang tegas dan kereta apa mereka pandu. Asal je keluar gate utama pasti ada je gurau senda yang mereka lontarkan.

Eh, tak salah di sisi undang-undang kan kalau kita berkawan dengan mereka.


4.Mengingatkan pelajar akan ibubapa nun jauh di sana.

Tikai tengok mereka ni kan, sebaya dengan Mom&Dad Tikai. Tengok mereka berpeluh, teringat susah payah ibubapa berkorban untuk menyekolahkan anak-anak. So, secara tak langsung wujud semangat untuk keluar dari belenggu hidup susah.



5.Memberi semangat kepada mereka dalam menjalankan tugas.




"Apa? ada student nak ugut kamu malam ni? takpa nanti i pergi bilik you, i pun nak bagi balik cerita Heroes you.."



Secara tak langsung, apabila kita selalu bertegur sapa, bagi senyum murah dekat satu sama lain. Tak mustahil, beban dan stress mereka ringan sikit. Sapa cakap kerja Cleaner dengan jadi Guard tak ada stress, cuba lah berjaga sampai pagi keliling bangunan waktu malam atau pun sapu satu dewan kuliah. Mencabar juga kerja mereka.

6.Berkongsi pengalaman baru.


Kalau ada masa terluang, kita sembang dengan mereka,gerenti ada je cerita sensasi terkini takpun cerita-cerita seram kat kampus yang tidak kita tahu dan sejarah lokasi U tempat kita belajar. Mereka ini pun dari golongan yang dulu merasa garam, kalau Pak Guard yang ex-tentera, sampai pagi pun tak habis cerita dia.

7.Menceriakan suasana kampus.



"Malam nanti geng mak cik pergi tengok wayang Solomon Kane, Adik join sekali lah.."


Akhir sekali, persahabatan dengan mereka ini pasti menimbulkan suasana yang bertambah ceria di kampus kita. Persekitaran yang lebih aman dapat dicapai. Mana tahu satu hari kita di timpa kesusahan, mereka boleh hulurkan bantuan.



Tikai: We always neglect these two categories of non academic staff in our campus, they clean our environment and protect us. Take a simple step to just give them a simple meaningful smile. They too can become your friends. Because friendship transcends religious, ethnic, racial differences and the various components that make up our society.


"Never abandon a friend-either yours or your father's. Then you won'tneed to go to a distant relative for help in your time of need."

-proverbs 27:10

2 comments:

s3lipar said...

aku benci pak cik guard!!! mun nya dah sik jd guard baru aku akan suka nya.....

Tikai Bemban said...

sayangi lah pak guard anda s3lipar..mana tau dek persahabatan terjalin..selambe je ko boleh lalu depan mereka dgn rambut emo mu..