peace through music

Tuesday, February 2, 2010

On Friendship

Persahabatan merupakan salah satu daripada pengalaman utama manusia. Sebuah karya puisi Babylonia, iaitu Epic of Gilgamesh ialah antara karya kesusasteraan terawal dalam sejarah. Ia mencatatkan dengan penuh dalam berkenaan persahabatan antara Gilgamesh dan Enkidu. Greco-Roman pula dengan persahabatan di antara Orestes dan Phylades. Manakala karya Virgil bertajuk Aeneid berkisar tentang persahabatan antara Euryalus dan Nisus.


Di dalam Bible pula, antara persahabatan yang ditonjolkan ialah antara David dengan Jonathan.

Adakah anda tahu yang nilai persahabatan memainkan peranan penting dalam Romanticism Jerman? Sebagai contoh iaitu karya Schiller yang bertajuk Die Bürgschaft.


Dalam Gospel John, Yesus Kristus berkata,"Greater love hath no man than this, that a man lay down his life for his friends. Ye are my friends, if ye do whatsoever I command you."(John 15:13-14).

Erti persahabatan mungkin berbeza bergantung pada tempat, jantina dan berapa kuat sesebuah persahabatan tersebut.


Antara ahli falsafah yang saya respek ialah Marcus Tullius Cicero(3 Jan 106 BC-7 Dis 43 BC). Beliau berasal dari Arpinum, Italy. Cicero mempunyai kepercayaannya yang tersendiri berkaitan persahabatan.


Beliau percaya untuk memperoleh persahabatan yang sebenar (true friendship) dengan seseorang, maka haruslah mempunyai kejujuran, kebenaran dan kepercayaan yang jitu(complete honesty, truth and trust).





Kawan juga melakukan sesuatu antara satu sama lain tanpa mengharapkan balasan. Sekiranya seorang kawan hampir terjebak untuk melakukan sesuatu kesalahan, maka haruslah dinasihati dan ditunjukkan apa yang buruk tentang perbuatan yang bakal dilakukan nya itu. Seorang kawan sejati akan membantu sahabatnya untuk memahami apa yang murni dan baik. Cicero mengungkapkan nya sedemikian kerana beliau percaya yang kedegilan lah punca kejahatan.


Akhir sekali, sesebuah persahabatan tamat apabila seseorang itu menjadi jahat. (Bolehkah macam ini?)





Thurston say:"Bakih ko kami Iban."

No comments: